Prakata
SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB PENDIDIKAN KHAS LARUT, MATANG DAN SELAMA
-Selamat Menyambut Hari Sindrom Down Sedunia pada 21 Mac 2009-
PENDIDIKAN KHAS
Pendidikan Khas ialah program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid khas, termasuk penggunaan bahan khas, peralatan khas, teknik p & p mengikut tahap kebolehan & keupayaan pelajar:-
- Perkembangan mental
- Kestabilan emosi
- Integrasi sosial
KANAK-KANAK KHAS
Merupakan kanak-kanak yang telah dikenal pasti dan disahkan oleh pakar professional klinikal sebagai mengalami masalah yang mengganggu proses pembelajaran.
“……… Kanak-kanak yang berbeza dari kanak-kanak sederhana atau biasa (1) dalam ciri-ciri mental (2) keupayaan-keupayaan deria (3) dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal (4) dalam tingkahlaku sosial atau emosi (5) dalam keupayaan komunikasi atau (6) dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubahsuai, atau perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas , supaya ia boleh berkembang sehingga kemampuan yang maksimum ”.
Kirk, S.A. et.al. “Educating Exceptional Children”, 1993
Apa Dia kanak-kanak Khas ?
………… “Kanak-kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial dan emosi tidak mencapai pertumbuhan-pertumbuhan biasa hingga mereka tidak dapat faedah sepenuhnya dari rancangan sekolah biasa “.
Chua Tee Tee, 1981
Apa Dia Pendidikan Khas ?
……… Pengajaran yang bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan-keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan Khas yang menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum yang baku atau biasa atau perkhidmatan-perkhidmatan sekolah biasa “.
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
Program pendidikan khas di Malaysia dilaksanakan melalui:-
- Sekolah Khas
- Progam pendidikan Khas Integrasi (pengasingan/inklusif)
- Pemulihan Khas
- Program Disleksia
- Pendidikan Vokasional sekolah khas/integrasi(teknik/Vokasional)
KATEGORI PENDIDIKAN KHAS
Kanak-kanak yang berada dalam program Pendidikan khas adalah mereka yang menghadapi masalah untuk belajar di dalam aliran biasa. Terdapat tiga aliran :
- Masalah Pembelajaran
- Masalah Pendengaran
- Masalah Penglihatan
Falsafah Pendidikan Khas
Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Kejayaan orang-orang istimewa
Setiap orang mempunyai impian dan cita-cita tersendiri. Jika diberi peluang pastinya mereka dapat meneroka dan memperkembangkan minat masing-masing. Dengan minat yang ada, sudah tentunya ia akan membuahkan hasil dan menampakkan kejayaan. Ini sudah pastinya meningkatkan motivasi dan kepercayaan diri dalam diri individu.
Mungkin anda sebagai ibu bapa mempunyai impian melihat anak –anak anda menjadi pilot, doktor, peguam dan menjawat jawatan yang tinggi. Persoalannya apakah jawatan tersebut sesuai dengan kemampuan anak anda yang mempunyai sifat-sifat yang terbatas? Namun begitu, anda seharusnya tidak berputus asa kerana meskipun mereka dilahirkan dengan keadaan yang tidak sempurna, mereka masih dapat mengecap nikmat kehidupan dengan gembiranya. Apa yang penting, kepuasan dalam bidang yang diceburi mengikut minat masing-masing.
Meskipun golongan istimewa mempunyai kebolehan yang terbatas, ibu bapa seharusnya memberi kepercayaan dan galakan kepada mereka dalam apa jua bidang yang mereka ceburi. Dengan pendidikan dan latihan yang sepatutnya, orang-orang istimewa mampu beroleh kejayaan. Sejarah telah membuktikan, golongan istimewa juga mampu melakukan tugas seperti orang lain malah kadangkala lebih baik lagi!
website ini sangat bagus..banyak maklumat yang berguna terutamanya mengenai insan-insan istimewa yang telah berjaya sekalipun berkeperluan khas…saya amat menyokong usaha seperti ini.Masyarakat umum perlu mengetahui tentang golongan seperti mereka ini..
Teruskan usaha untuk meningkatkan kemajuan bidang pendidikan khas di Malaysia. Insan istemewa juga sebahagian daripada kita, dan mereka adalah ahli syurga. Sayangi mereka bekerjalah ikhlas untuk kesejahteraan mereka.
Salam…
Sebagai seorang guru yang baru menjejakkan kaki ke alam pendidikan khas, saya rasa terlalu banyak perkara yang perlu saya pelajari dan ketahui mengenai tingkah laku kanak-kanak istimewa ini memandangkan mereka tergolong dari pelbagai kategori yang mana amat menarik minat saya untuk mendalaminya.. Sekiranya ada apa-apa yang saya boleh berkongsi bersama. Saya amatlah berharap untuk sama-sama kita martabatkan anak-anak istimewa ini supaya mereka juga mendapat hak dan keistimewaan seperti anak-anak kita yang lain…
semoga laman ini memaparkan lebih banyak bahan-bahan berkaitan dengan pendidikan khas
saya amat tertarik dan akan menyumbangkan apa-apa bahan yang sesuai
Assalamualaikum, selamat sejahtera..
saya masih di dalam proses mendalami tentang pendidikan khas.
suatu cabaran untuk individu yang terpilih sahaja…
terlalu menarik dan istimewa…
kenapa???…
tempat untuk mereka telah dijanjikan Allah….
Laman web ini bagus untuk berkongsi informasi dan maklumat tentang pendidikan khas
Assalamualaikum.
Laman web ini bagus sekali. Semoga ramai yang akan mengikuti laman web ini. Saya juga mempunyai seorang anak istimewa. Mempunyai anak begini memerlukan banyak kesabaran. Kalau ada apa-apa yang boleh saya bantu, sila maklumkan kepada saya.
Minggu lepas saya ada dpt jemputan dari SMK Bukit Jana (Pendidikan Khas ) ada program pendidikan khas di Dewan Kamunting . kalu x silap saya bln 8 ni lupa pula tarikh .Saya akan pergi kerana anak saya thn lepas bersekolah di pendidikan khas SMK Bukit Jana. kalau kita dpt peluang bersama anak2 istimewa ini kita akan sedar siapa diri kita.Bersama mereka kita akan lupa sebentar segala masalah apa yang saya tahu berada dengan mereka membuat saya rasa bahgia.
saya x tahu nak tujukan soalan ini pd siapa , bagi kanak2 khas yg dah habis sekolah selepas umur 20 thn iaitu bkn semua yg dpt kerja atau sambungkan pelajaran semula jadi apakah hala tuju mereka dan dimanakan harus mereka ditempatkan, bagi ibu2 yg tidak bekerja mungkin tiada masalah tapi bagi yg bekerja mcmana pula ,terpaksa mengupah org utk menjaga tapi bkn semua org yg sanggup jaga kanak2 begini kalau adapun upah yg diambil mahal. Bolehkah kita adakan tempat untuk mereka atau ubah cara pendidikan yg ada skrg utk mereka. marilah sama2 kita fikirkan cara yg terbaik utk mereka.