|
DASAR PRIVASI
Dasar Privasi
Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan
perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung.
Maklumat yang Dikumpul
Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari Portal ini kecuali
maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.
Cookies
Cookies yang dihasilkan oleh pelayan web hanya akan digunakan untuk mengumpul
maklumat bagi mengenal pasti layaran anda yang akan datang. Cookies ini tidak
akan merekodkan data secara kekal dan ia tidak juga disimpan di dalam pemacu
keras komputer anda. Ia akan terus dipadam sebaik sahaja anda meninggalkan
Portal ini.
Pautan kepada Laman Web yang Lain
Portal ini mempunyai pautan ke laman web agensi Kerajaan dan agensi bukan
Kerajaan. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk Portal ini sahaja. Perlu
diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan Portal ini mungkin
mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti
dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.
DASAR KESELAMATAN
Pindaan Dasar
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini.
Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang
dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat
dikongsi bersama pihak yang lain.
Perlindungan Data
Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi
data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat
adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.
Keselamatan Storan
Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan
disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.
PENAFIAN
Pejabat Pelajaran Daerah Larut Matang Dan Selama tidak akan bertanggungjawab
ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan
maklumat yang diperoleh daripada Portal ini.
|