|
Demi
memelihara suasana yang kondusif bagi diskusi di Forum ini,
diperlukan aturan / tatacara mengirim pesanan:
Isi pesanan/mesej :
Pesanan/mesej yang dikirim tidak boleh mengandungi unsur kekerasan, politik,
tuduhan, diskriminasi, mengaibkan dan bersifat ancaman (suku, agama, ras,
asal) atau kata-kata lain yang kasar yang menghasut atau tidak senonoh.
Perbahasan mengenai isu atau topik seperti ini adalah dilarang keras!
Rasa hormat-menghormati:
Hormatilah rakan sesama pengguna. Jangan menyerang pengguna lain dengan
kata-kata kasar. Kata-kata kasar lebih menggambarkan keburukkan orang yang
menyebutnya, berilah pertimbangan yang wajar kepada orang yang menerimanya.
Kreativiti:
Asalkan isi pesanan tidak mengandungi hal-hal yang memerlukan tindakan
pantas, anda bebas membuat pesanan yang kreatif, atau pesanan yang
mengandungi rasa persaingan yang sihat. Pesanan yang mengandungi analisa,
penuh pemikiran dan merangsang diskusi yang sihat adalah sangat dianjurkan.
Iklan:
Pesanan / Mesej yang mengandungi iklan tanpa izin pihak pentadbir portal (SiteAdmin)
adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Pelanggaran:
Pesanan / Mesej yang dianggap melanggar peraturan akan dihapus (deleted)
atau dikunci (locked). Jika pengirim pesanan dianggap telah melampaui batas,
ia akan diperingati. Jika peringatan tidak dijawab, pengirim akan
disingkirkan (ban) dari portal ini.
Hak Cipta:
Segala hak dan harta intelek yg dimuatkan pada pautan yg di paparkan dalam
portal ini adalah tanggungjawab ahli yang membuat kiriman 'pos' pada ruangan
Papan Kenyataan ini kecuali pihak pentadbir itu sendiri yang membuatnya.
Tuntutan:
Jika berlaku tuntutan hak milik intelek atau royalty dari pihak individu
atau badan-badan, syarikat atau pemilik tertentu yang mana menjejaskan
kepentingan mereka, pihak pentadbir, pengendali portal dan juga
pegawai-pegawai di Pejabat Pelajaran Daerah Larut Matang dan Selama tidak akan
dipertanggungjawabkan atas perkara ini.
Pengunaan Bahasa:
Gunakan bahasa dengan tatabahasa dan ejaan yang betul semasa menulis mesej
pada mana-mana ruangan atau halaman.
|